Saturday, August 11, 2012

SEBUAH KISAH.....KEHIDUPAN....

Assalamualaikum WBT..
Dengan nama Allah yang Maha Mendengar.

hari ni sudah diakhir ke 10 ramadhan..tinggal berapa hari jela gi untuk sambut aidilfitri dan  tinggalkan ramadhan..sedih sangat sebab aku tinggalkan solat terawih kerana sebab2 tertentu..nak buat macam mana,,bukan sengaja...sambutam raya tahun ni pon tak meriah macam tahun2 lepas,,sebab adik aku ada yang amik pmr dan upsr..so,,kami tak excited sangat nak raya sebab kesian kat diorang menghadap buku dan pergi tuisyen je kerjanya...takpelah,,aku tahu ramai lagi yang lagi susah daripada aku,kan...ada yang yatim piatu,,,miskin,,susah,,,aku doakan moga mereka semua dipermudahkan oleh Allah.amin...

petang nie,aku nak kongsi perasaan aku sikit..bukan perasaan yang loving,,tapi perasaan terkilan aku kat hamba Allah yang agak 'hipokrit'..sedih aku..apabila susah,,datang pergi jumpa aku dan buat muka sedih..walaupun dah banyak kesusahan yang dia bagi kat aku dan keluarga,tapi aku tak mo berdendam..tapi makin lama,makin berlemak pulak..

didepan public,,macam2 kenakan aku,,kata yang tak berapa nak sedap depan orang ramai..macam tak percaya,orang yang aku percaya,,orang yang ditolong selama ni,,sanggup buat macam tue..dulu..disaat aku diuji Allah dengan sedikit kesukaran,,disaat semua orang membuang aku...dia pon sama..aku merayu pada dia..agar dia sudi tolong aku..tapi...
pandang pun tak...aku ingat lagi,,,sikit pun dia tak pandang aku yang tengah susah nie..akhirnya,,menangislah aku...

dan sekarang,,Allah membantu aku..alhamdulillah...sedikit demi sedikit kehidupan aku berubah..semuanya berlaku dengan tepat..sesungguhnya,aturan Allah itu amat indah,,sangat tepat pada waktunya...sesungguhnya,,aku ini hanya insan yang lemah,,insan yang tidak tahu apa2..aku serahkan segalanya pada Dia...

Allah itu Maha Adil...sangat Maha Bijaksana...akhirnya,kehidupan sidia tadi berubah dalam sekelip mata..hidup dia diuji..selalu je berendam dalam air mata...setiap kesukaran,pasti aku dan keluarga yang dicari..tak pelah,,tak elok berdendam..yang lepas biarlah berlalu..just forget and forgive!itu nasihat umi...

tapi...
kalu depan orang ramai,,dia macam jadi lain..macam tak kenal aku.pandang pun tak apatah lagi nak tegur...tapi kalau depan orang yang dia suka,,emm,jangan harap aku ni nak ditegur..takpelah..nak buat macam mana? .kalau susah,,macam rapat bebenor...pening dan konpius aku...apa yang harus aku lakukan sebenarnya???

kisah nie sering ada dalam kehidupan setiap orang..aku tak mintak pun dia agung2kan aku...tapi aku pelik dengan perangai sesetengah manusia,,kadang yang dia je betul..yang orang lain salah,,,kadang sakit hati pun ada dengan orang mcm nie..

aku tak niat nak burukkan orang,,tapi cukuplah aku ingin berkongsi sebuah kisah kehidupan dalam hidup aku..aku tahu setiap orang ada kisah tersendiri..tiap kali datang aidilfitri,,jadi macam talam 2 muka pelik,,didepan baik,dibelakang hanya Allah yang tahu..manusia dan aku tak terlepas perbuatan macam ni,kan...dan aku tahu aku mesti cuba elakkan perkara begitu..

seperti aku kata dalam entry lepas,,kalau kita tak nak orang mengumpat kita,,kita jangan mengumpat dia...kalau kita nak orang menghargai kita,kita harus menghargai orang lain dulu..hidup ini adalah satu perjalanan..dia,aku,awk dan kamu adalah manusia...manusia itu diciptakan oleh pencipta yang sama iaitu Allah..

hanya Allah yang mengawal kehidupan kita...mengawal pergerakan hati kita..bila kita jauh dari Allah,bermakna kita dekatkan hati kita dengan syaitan dan maksiat dan kemana tempat orang seperti itu??

tapi...kalau kita sentiasa muhasabah diri,,,setiap ujian itu tanda kasih sayang dariNya,,Dia ingin memberi perhatian pada kita...tabahlah hati...sabarkan hati..selalu istighfar...moga ketenangan akan dicapai..jangan berdendam kerana dendam tu hanya batu loncatan untuk kita terus bersama syaitan...

aku tidak bermaksud untuk tujukan entry ini kepada sesiapa pun..cukuplah sebgai peringatan untuk aku yang hina nie..moga2,Allah turunkan petunjuk pada aku..amin...ingat!what goes around will comes around!

Dia sentiasa adil dan sentiasa mendengar...Dia sentiasa mendengar luahan hambaNya...setiap kesusahan itu kerana Dia ingin tunjukkan Dirinya yang Maha Penyabar,jdi belajarlah erti kesabaran!

Saturday, August 4, 2012

Hati @ Perasaan??! !,

Assalamualaikum..

hari ni 15 ramadhan,,4 Ogos 2012..dalam bulan ramadhan nie,,banyak je perkara elok dan tidak elok terjadi pada aku...sesungguhnya,,kalau nak jaga hati semua orang,memang tidak boleh kerana manusia itu tidak sempurna...masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza..

dalam waktu sejam lagi nak berbuka ini,aku sempat lagi nak conteng2 blog aku..sebenarnya,aku tengah sakit hati dekat orang yang panas baran..kalau nak marah boleh,tapi biarlah bertempat dan beradab...aku tak suka orang yang menjerit sebab nanti aku pon akan menjerit,.,nonsense!
i don't like the situation..everything will look bad...

macam sekarang,situasi dimana everybody nak salahkan setiap orang atas setiap kesalahan yang kecil..everything looking very bad...semua orang marah..sebelum aku pun join sama,better aku pergi dari situ..biarlah orang kata aku ni selfish or what,but siyesly,i'm gonna crazy...

actually,dunia nie Allah ciptakan sangat adil..bila orang marah kita,secara ironinya kita akan marah balik pada orang tue...fair!..cuba fikir jap,,bila kita mengumpat seseorang itu,,sebenarnya orang tu pon pernah mengumpat kita..maybe ada yng argue,tp aku rasa less than 10%..bila kita buat baik @ jahat,,perkara tu akan datang balik pada kita tapi masa tidak tahu...

so,kalu kita nak orang buat baik pada kita,kita kena buat baik pada orang..kalu kita tak nak orang mengumpat pada kita,kita jangan mengumpat tentang orang tue..as simple as that!
tp...yang susahnya datang dari diri kita sendiri...kita nak ada ramai kawan,,tapi kita yang sisihkan diri sendiri,,selfish,,never smile,,ditambah lagi arrogant...itu kita yang membuat benteng besar antara diri kita dengan dunia luar..

secara normal,,bila ada masalah menjadi tabiat kita akan tuding jari ke orang lain..tidak pernah tengok kekurangan diri..aku sedar,aku pun banyak kekurangan..langsung tidak dinafikan kerana aku juga dicipta sebagai seorang manusia..bukan seekor kucng atau sekuntum bunga...setiap manusia tu Allah bekalkan dengan hati dan perasaan serta akal untuk berfikir..

apa harapan dan tujuan kita?gerakkan hati dan diri kita..kalau dah mula rasa nak marah,,cuba keluar dari situasi itu..semoga pembaca sekalian mendapat secebis ketenangan..

semua ini hanyalah peringatan untuk aku supaya tidak lalai dan tersimpang dari jalan Allah..mana yang baik,jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan...

Friday, July 27, 2012

BerDebarNya!!!!!!!!

Assalamualaikum..

hari nie abah akan bertolak ke Kedah untuk settlekan hal aku..rasa bersalah tu ada,tapi abah pun berkeras nak pergi jugak..dah lar jauh then,abah kena amik cuti lagi...

siyesly,aku tak tahu apa yang harus aku lakukan..ak redha kalu permohonan tue lulus ke tidak..aku takut abah akan kecewa kalau permohonan aku gagal,,then nanti kalau dia marah..aku jugak yang kena...takut+nervous+susah hati = berdebar!

aku tidak tahu prosedur yang sebenarnya..Mr O****K langsung tidak balas email aku..kalau balas pun,sangat rude!..aku tak tahu kenapa dia perlakukan aku sebegini rupa..aku terima makian dia..aku telan kemarahan dia..aku sedih sebab aku nak dapatkan hak aku sendiri..aku tak sangka sampai macam nie sekali..

kalu aku cerita kat kawan2 aku,,maybe bg diorang menda nie remeh..tp aku dah xsanggup nak hadapi lagi..jantung dan hati aku tak boleh nak terima semua nie..aku betul2 tidak selesa disana..dengan pandangan sinis,,diperlakukan seperti orang luar,,at least kalu ada kerja aku bolh abaikan menda tue..tp aku nie seperti diserang secara psiko...sedih sangat...

moga pemergian abah aku ke kedah dapat memberi hasil yang positif..aku redha apa sahaja keputusan mereka..aku redha semuanya walaupun aku aku tahu sukar untuk aku terima..Allah tidak pernah menzalimi hamba Nya..yakinlah...

semoga dipermudahkan segala urusan..semoga Allah meredhai apa yang aku lakukan..semoga masih ada jalan untuk aku..amin...

Tuesday, July 24, 2012

~Give & take~!!

Assalamualaikum WBT..

hari ni dah 5 hari puasa..5 ramadhan 1433 H...
hari yng tenang,namun tidak setenang hati ini..
setiap orang sentiasa melakukan kesalahan pada diri,keluarga dan Allah.
aku juga tidak terlepas..

kadang2 aku nie terlampau lalai dan leka..
Allah dah pesan,,perkara mungkar jangan hampiri...tapi aku degil!
manusia memang tidak reti bersyukur,kan..
tidak semua macam tue,aku rasa aku tergolong dalam golongan orang tidak reti bersyukur..
Allah tidak pernah menarik nikmat kesihatan aku,,ada rezeki yng cukup..
ada keluarga yang sentiasa menyokong aku..
tapi apa yng aku beri pada Allah ??

aku malu sangat dengan Allah,,
sebab aku tidak dapat menjadi khalifah yng berguna padaNya..
kadang,aku pujuk diri aku..kalau aku malu,kalau aku melarikan diri daripada Allah..
kemana tujuan aku??bumi yang luas ini milik Dia..
dan aku hanya pinjam sahaja..
nanti mesti Allah tuntut balik..

kalau dengan manusia pun,,kita akan geram kalau kita selalu buat baik kat dia,,tapi sidia pula membalas dengan keburukan pada kita..
mesti sedikit sebanyak kita akan menjauhkan diri dari sidia,kan..
kalau lagi dahsyat,mesti kita akan balas dendam balik..
itulah namanya manusia..
what you give,you will get back..!
it is fair!

tapi dengan Allah..
sebanyak mana kejahatan kita,,Dia tidak pernah melakukan perkara jahat pada kita..
pernah tak terfkir,,selepas kita buat perkara yang Allah marah...ada Allah buat kita sakit on the spot?
atau Allah terus tidak memberi makan dan tempat tinggal pada kita?
tidak...
jika ada,itu hanya secubit ujian dari Allah..
mungkin Dia ingin kita kmbali pada jalanNya..

Allah Maha Pengampun & Maha Penyanyang 
sentiasa menerima taubat hambaNya...
semoga aku masih tidak terlambat dan tidak terlewat untuk memohon keampunanNya...
amin...

biarlah setakat ini aku meluahkan isi hati aku..tiada kaitan dengan siapa2..
hanya sedikit coretan dari hati...
aku harap aku akan lebih careful dengan pandangan Allah..
kerana..
Allah itu Maha Melihat..
semoga aku lebih baik dari semalam...
amin..

nota aku:: beruntunglah mempunyai bernama Allah kerana Dia sangat menyanyangi hambaNya...sentiasa berada disamping hambaNya walau hambaNya itu sering melupakan Dia...




Thursday, July 19, 2012

semoga masih ada sinar untuk aku...

Assalamualaikum..

walau setabah mana kita ke hadapan,tetap ada ranjaunya...ak tersepit antara dua situasi yang teruk..dan hanya ada satu jalan,,iaitu meredhai sahaja keputusannya..
parents aku marah kat aku mengalah begitu sahaja..dia nak aku pergi jumpa orang yang berwajib..tapi aku dah penat!
mungkin boleh dikatakan aku sudah megalah..aku benci bila orng gelakkan kat aku..
aku xsuka!
ya Allah,,walau apa jua yang terjadi kuatkan aku untuk terus bersangka baik padaMu..

siapa sangka semua nie akan terjadi padaku..sehabis mungkin aku menjaga daripada semua ini berlaku..aku siap tolong kawan2 aku lagi..
tp..
Kawan aku sedang bahagia sekarang,,namun..
aku yang terseksa..

apa lagi yng aku boleh buat??
apa lagi yng aku boleh lakukan??kemana lagi harus aku pergi ?/
sesungguhnya..aku sngt buntu..

parents aku sangat susah hati kat aku..
dah tu,,aku??
xkan suka hati pulak,bila masalah ni terkena kat aku..
aku lagi lah susah hati..air mata dah kering untuk aku tangisi..
aku malu dengan semua orang..malu dgn family aku..malu dgn kawan2 aku dan malu dgn diri aku sendiri...

ya Allah,,tunjukkanlah aku jalan yang benar..semoga jalan yng kupilih adalah jalan yang lurus...smoga masih ada sinar untuk aku..semoga masih ada harapan untuk aku teruskan hidup ini..
sekarang,aku nekad...biarlah aku gagal pun..gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya..
aku harap Allah permudahkan jalan untuk ak cari kerja lain..semoga Allah permudahkan...amin..

aku sedar,tiada siapa pun degil macam aku...aku tahu,kawan2 aku yng lain semuanya hepy..semuanya dapat apa yng diorang expect..tp aku??
mungkin ada hikmahnya,kan...aku thu aku kena sentiasa bersangka baik pada Allah..
kena yakin Allah tidak akan sesekali menyakiti hati hambaNya,,
tp...

aku hanyalah hamba yang lemah..hamba yang tidak tahu apa2..hamba yang sentiasa buat silap..
sempena kedatangan ramadhan,aku harap masih ada sinar untuk aku yang hina nie..
biarlah aku lari dr kawan2 aku dulu..biarlah aku menghilang dulu..
mungkin bila tiba masanya,aku akan muncul dekat diorang..aku malu dgn diorang,,

walau apa jua berlaku,aku tahu ak kena redha,,
aku perlukan masa untk cure semua nie..
walaupun aku malu dgn semua orang,ak tetap kena berdepan dengan dunia..
biarlah,orang nak kata apa pun...moga aku kuat tempuhinya...amin...